Sesungguhnya masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid yang ketiga selepas dua masjid al-Haram serta masjid yang kedua didirikan di atas muka bumi ini selepas masjid al-Haram di Makkah.Al-Quds bukanlah milik orang Palestin semata-mata, walaupun mereka lebih berhak keatasnya, bukan juga untuk orang Arab sahaja, walaupun merekalah bangsa yang lebih utama untuk mempertahankannya, akan tetapi al-Quds adalah milik setiap individu Muslim walau di mana mereka berada, tidak kira samada pemimpin, rakyat biasa yang terpelajar atau tidak, kaya atau miskin, lelaki atau wanitaWahai umat Islam, ayuh bangunlah dari tidur.Ketika zionis semakin rakus membina tembok pemisah,membunuh rakyat palestin sesuka hati dan mengorek terowong dibawah masjid Al- Aqsa terowong baru di bawah pagar-pagar Masjid al-Aqsa yang mana dapat meruntuhkannya strukturnya.
Telah kedengaran laungan-laungan AL-QUDS, AL-QUDS, AL-AQSA, AL-AQSA!!!Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan bagi umat Islam.
"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran 139)
Seruan daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.
Ini adalah kewajiban setiap individu..
- Qunut - Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.
- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
- Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.
- Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).
- Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para mujahidin di sana).
- Luahkan kemarahan kamu dengan segala wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.
- Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.
- Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).
- Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.
- Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
- Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
- Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
- Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
- Wartawan: Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.
Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO hendaklah berhimpun da berusaha untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)
bgs2.. entry yg bgs.. thumbs up!!
ReplyDelete