Awan nampaknya kembali memenuhi sekitar bandaraya Ipoh,cuaca tidak lagi sperti dahulu panas membahang hinggakan bumi kering kontang.Pagi ni dan petang semalan hujan turun dengan lebat.Hujan yang turun kadang kala semenjak seminggu menyejukkan pekan Ipoh terasa sedikit nyaman...Nampaknya rahmat Allah telah kembali mencurah ke bumi setelah ujian dari Allah sedikit berlalu,adakah panas yang melanda ini bala atau peringatan dari Yangg Maha Esa kepada kita semua.Tak tertahan rasanya dengan kepanasan yang mencecah hingga 39 darjah celcius.Keluh kesah terhadap panas terik nampaknya mulai reda,banyak aktiviti yang terbantut dek cuaca panas kini boleh dimulai...Nampaknya kita kena berterima kasih jua kepada makhluk Allah yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan kerana selalu didalam ceramah agama ada mengatakan bumi tidak kering melainkan atas kerosakan yang dilakukan oleh manusia dan tidak diturunkan rahmat melainkan ehsan kepada mahkluk Allah yang lain..Apalagi yang dapat aku katakan,so here it is..berfikirlah kenapa cuaca panas ini diturunkan dan apa sebab musababnya...
Sunday, March 21, 2010
Sukarelawan
Sukarelawan..hmm aku teringin sangat nak jadi anggota sukarelawan,berkhidmat di mana-mana pelusuk dunia.Apakan daya masih tak tercapai hajatku itu,banyak pertubuhan dah aku daftar tapi takde sebarang panggilan pun.Sehinggalah baru-baru ni ketika bertugas di UPSI Tg. Malim aku mendaftar sebagai sukarelawan untuk Aman Palestin pula.Alahai byk btl pertubuhan aku dah daftar.Aku memang lama teringin nak gi Palestin sejak dulu lagi.Sejarah umat Islam banyak berkisar di Palestin sepertiDari segi Islamik ia banyak dibuktikan dalam Al Quran dan hadis.Di sana juga terdapat Baitul Maqdis iaitu tempat paling suci umat Islam selain bumi Hijaz (Mekah dan Madina)Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock, kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.
- Melalui peristiwa Isra' Mikraj:Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisra'kan hambaNya (Muhammad SAW) di malam hari daripada Masjidil haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya....(Al-Isra':1)
- Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.
- Dari sejarah bumi Palestin berkait dengan ketamadunan Islam.Ia adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) sejak dari Nabi yang pertama,Nabi Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW.Bahkan ramai para Nabi dan Rasul telah dilahirkan serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa.Dalam Bible dan Al-Quran turut menceritakan tentang Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah.Jelaslah di sini para nabi yang diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam, maka umat Islam lebih berhak ke atas bumi Palestin dan seterusnya mentadbirnya dan menyebarkan isu Islam yang sejagat.
- Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.
Saturday, March 20, 2010
Selamatkan Palestin
Sesungguhnya masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid yang ketiga selepas dua masjid al-Haram serta masjid yang kedua didirikan di atas muka bumi ini selepas masjid al-Haram di Makkah.Al-Quds bukanlah milik orang Palestin semata-mata, walaupun mereka lebih berhak keatasnya, bukan juga untuk orang Arab sahaja, walaupun merekalah bangsa yang lebih utama untuk mempertahankannya, akan tetapi al-Quds adalah milik setiap individu Muslim walau di mana mereka berada, tidak kira samada pemimpin, rakyat biasa yang terpelajar atau tidak, kaya atau miskin, lelaki atau wanitaWahai umat Islam, ayuh bangunlah dari tidur.Ketika zionis semakin rakus membina tembok pemisah,membunuh rakyat palestin sesuka hati dan mengorek terowong dibawah masjid Al- Aqsa terowong baru di bawah pagar-pagar Masjid al-Aqsa yang mana dapat meruntuhkannya strukturnya.
Telah kedengaran laungan-laungan AL-QUDS, AL-QUDS, AL-AQSA, AL-AQSA!!!Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan bagi umat Islam.
"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran 139)
Seruan daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.
Ini adalah kewajiban setiap individu..
- Qunut - Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.
- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
- Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.
- Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).
- Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para mujahidin di sana).
- Luahkan kemarahan kamu dengan segala wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.
- Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.
- Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).
- Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.
- Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
- Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
- Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
- Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
- Wartawan: Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.
Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO hendaklah berhimpun da berusaha untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)
Tuesday, March 16, 2010
Hari ini...
Semenjak dua menjak ini aku rasa kurang enak..mungkin cuaca yang agak panas menyebabkan aku terjebak sedemikian hingga aku rasa berbeda badan ku.Persoalan itu terungakai apabila aku membuat pemeriksaan kesiahatan dan mendapati tekanan darah aku menurun 10 angka yang sepatutnya 110/80...Rupanya tahap kesihatan kita boleh terjejas tanpa pengetahuan walaupun aku aktif bersukan.Benar kata orang,kaya kesihatan adalah lebih penting dari segalanya yang ada di muka bumi ini...Walau mendung dari jauh menghampiri kita boleh tahu hujan akan turun tapi bila nak sakit tak siapa yang tahu.Tak tahu apa nak kata,cuma aku perlu lebih berhati-hati dengan soal kesihatan dari sekarang.Nasibla aku tak dibebani dengan masalah negara jika tidak entah apa nilai tekanan darah aku akan pergi..Selesai memikirkan masalah tekanan darah muncul pula musibah lain,rumah ku bergelap seketika kerana wayar utama terbakar pada sambungan di hadapan pintu.Alkisahnya tak disangka rupanya bau hangit dari jam 6.00 petang itu datangnya dari penyambung wayar itu hinggalah pada jam 9.00 malam aku keluar rumah dan terlihat api sudah membakar wayar itu.Dalam kelam kabut itu ibuku menyiram dengan air walau pun itu agak merbahaya tapi dek kerana panik itulah yang akan kita lakukan hehehe...Selepas sejam barulah pihak TNB tiba dan menggantikan penyambung yang terbakar maka setelah siap dibaik pulih gempak gempita la jiran-jiran yang turut menyaksikannya.Tiada apa yang terjadi tanpa apa sebab sungguh kita tidak tahu sebabnya....maka beringatla kerana sesuatu yang terjadi diluar pengetahuan kita
Subscribe to:
Comments (Atom)