Sunday, March 21, 2010

Sukarelawan

Sukarelawan..hmm aku teringin sangat nak jadi anggota sukarelawan,berkhidmat di mana-mana pelusuk dunia.Apakan daya masih tak tercapai hajatku itu,banyak pertubuhan dah aku daftar tapi takde sebarang panggilan pun.Sehinggalah baru-baru ni ketika bertugas di UPSI Tg. Malim aku mendaftar sebagai sukarelawan untuk Aman Palestin pula.Alahai byk btl pertubuhan aku dah daftar.Aku memang lama teringin nak gi Palestin sejak dulu lagi.Sejarah umat Islam banyak berkisar di Palestin sepertiDari segi Islamik ia banyak dibuktikan dalam Al Quran dan hadis.Di sana juga terdapat Baitul Maqdis iaitu tempat paling suci umat Islam selain bumi Hijaz (Mekah dan Madina)Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock, kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.
  • Melalui peristiwa Isra' Mikraj:Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisra'kan hambaNya (Muhammad SAW) di malam hari daripada Masjidil haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya....(Al-Isra':1)
  • Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.
  • Dari sejarah bumi Palestin berkait dengan ketamadunan Islam.Ia adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) sejak dari Nabi yang pertama,Nabi Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW.Bahkan ramai para Nabi dan Rasul telah dilahirkan serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa.Dalam Bible dan Al-Quran turut menceritakan tentang Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah.Jelaslah di sini para nabi yang diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam, maka umat Islam lebih berhak ke atas bumi Palestin dan seterusnya mentadbirnya dan menyebarkan isu Islam yang sejagat.
  • Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.
Andai kata syahid untuk mempertahankan palestin pun aku sanggup bah kan jika satu hari nanti aku mempunyai anak dan dia berkeinginan begitu aku sanggup melepaskannya.Biar pun bersenjatakan batu keberanian penduduk palestin dan inifada mereka cukup mengujakan aku biarpun hanya hanya membisu walaupun zionis semakin rakus menjajah palestin.

No comments:

Post a Comment