Tuesday, March 16, 2010
Hari ini...
Semenjak dua menjak ini aku rasa kurang enak..mungkin cuaca yang agak panas menyebabkan aku terjebak sedemikian hingga aku rasa berbeda badan ku.Persoalan itu terungakai apabila aku membuat pemeriksaan kesiahatan dan mendapati tekanan darah aku menurun 10 angka yang sepatutnya 110/80...Rupanya tahap kesihatan kita boleh terjejas tanpa pengetahuan walaupun aku aktif bersukan.Benar kata orang,kaya kesihatan adalah lebih penting dari segalanya yang ada di muka bumi ini...Walau mendung dari jauh menghampiri kita boleh tahu hujan akan turun tapi bila nak sakit tak siapa yang tahu.Tak tahu apa nak kata,cuma aku perlu lebih berhati-hati dengan soal kesihatan dari sekarang.Nasibla aku tak dibebani dengan masalah negara jika tidak entah apa nilai tekanan darah aku akan pergi..Selesai memikirkan masalah tekanan darah muncul pula musibah lain,rumah ku bergelap seketika kerana wayar utama terbakar pada sambungan di hadapan pintu.Alkisahnya tak disangka rupanya bau hangit dari jam 6.00 petang itu datangnya dari penyambung wayar itu hinggalah pada jam 9.00 malam aku keluar rumah dan terlihat api sudah membakar wayar itu.Dalam kelam kabut itu ibuku menyiram dengan air walau pun itu agak merbahaya tapi dek kerana panik itulah yang akan kita lakukan hehehe...Selepas sejam barulah pihak TNB tiba dan menggantikan penyambung yang terbakar maka setelah siap dibaik pulih gempak gempita la jiran-jiran yang turut menyaksikannya.Tiada apa yang terjadi tanpa apa sebab sungguh kita tidak tahu sebabnya....maka beringatla kerana sesuatu yang terjadi diluar pengetahuan kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment