Sekadar menulis apa yang terlintas di hati sepanjang perkhidmatan ku bersama Agensi Antidadah Kebangsaan yang masih muda sekadar 3 tahun.Kadang kala rasa kelakar pon ada,jawatan sekadar S17 kadangkala terpaksa bt kerja S27.Bukan untuk merintih tapi itulah dia realitinya sepanjang penugasan aku di jabatan ini.Penempatan pertama di Pusat Serenti Batu Kurau penuh dengan episod yang kurang memberangsangkan.Kini ditempatkan sementara di AADK Negeri Perak sejak Ogos 2009.Antara Sedar aku dah 10 bulan kat sini tapi enjoy juga kerja kat sini.Take a look to my picture hihi ni sebahagian rutin aku semasa membuat pameran
ops gambo aku upload esok...
Selalu ditugaskan untuk mengadakan pameran antidadah di kawasan rukun tetangga (KRT),institut pengajian tinggi awam atau swasta,program politik adun sekitar Ipoh,sekolah2 dan di mana-mana jemputan dari badan NGO.Mana-mana pameran aku gi jer dengan team pameran yang penting ada makan free...tu yang penting kalau tak tak semangat hihi tp perkara yang paling tak best ialah bila S27 yang sepatutnya memberi ceramah antidadah ghaib dengan alasan MC la telah menyebabkan aku kadang kala terpaksa memberi ceramah tersebut.Geram pon ada tapi apa kan daya demi nak menjaga nama jabatan kalau tak beri ceramah apa kata orang dalam surat kata boleh.Nasib baikla ada bahan serta video berkaitan mudahla sikit bercerita sambil menggoreng kepada audien hihi.Cara penyampaian aku tak lah menarik tapi apa yang penting mereka dapat memahami apa yang aku sampai tentang dadah 'don't try it or u gonna lose yourself' dan memberitahu dadah itu lebih berhantu dari apa jua yang ada di muka bumi ini hatta penagih dadah 2 kali lebih rindu kepada dadah berbanding buah hati atau isteri mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment