Monday, May 31, 2010

Hari ini Isnin

Hari ni isnin 31 Mei 2010 sepatutnya aku menghadirkan diri bersama rakan sepejabat untuk menghadiri muzakarah di Bangunan Darul Ridzuan atau pun yang dikenali dengan nama Bangunan SUK akan tetapi keadaan kesihatan yang kurang baik menyebabkan aku tidak dapat menghadiri seminar tersebut.Jika tak mungkin kerana prosedur di Klinik Kesihatan Greentown lambat dah tentu aku dapat menghadirinya.Pertemuan dengan doktor berhasil dengan dua ubat iaitu

Triprolidine & Pseudoephedrine (ACTIFIED)


dan ubat sedut InhalanMenthol 1.6% Inhalation.

Pesan doktor itu berehat aja dirumah sambil menghulurkan Sijil Cuti Sakit dengan kata-kata yang ringkas ubat ni kesan kuat dan jangan drive kalau ngantuk.Tapi aku gagahi juga ke tempat kerja kerana nak buat claim hehehe maklumla duit dah menyusut sebab nak gi kursus BTN Khamis ni,memang leceh sebab nak baju putih tuk 4 hari.Bosan2 duk kat pejabat aku pon pulang ke rumah sekitar jam 4.00 petang lega hujan dah berhenti tp semasa dalam perjalanan pulang kepala rasa berat dan rasa melayang mujurlah tiada kemalangan kerana aku kadang kala ke tengah jalan...alhamdulillah aku selamat jg sampai dan trs landing atas sofa hingga jam 5.50 petang.Kuat betul kesan ubat selsema aku hari ni.Patutla ia termasuk dalam ubat terkawal dan digemari penagih dadah.Tugas aku di Agensi Antidadah Kebangsaan membuatkan aku lebih alert dengan ubat-ubatan yang memberikan kesan high jika diambil berlebihan

No comments:

Post a Comment